Profile Picture

Najwa Binti *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Chemical Engineering Technology

Universiti Malaysia Perlis (Sungai Chuchuh) (Telah Bergraduasi)

Ketereh, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Najwa, berkelulusan diploma dan ijazah sarjana muda teknologi kejuruteraan kimia. Saya merupakan seorang yang baru menceburi bidang tutor sebagai salah satu kemahiran yang ingin di buat diwaktu lapang untuk meningkatkan kemahiran. Saya mempunyai semangat yang kuat untuk berkongsi pengetahuan dan membantu pelajar mencapai potensi terbaik mereka. Saya memiliki pengalaman tunjuk ajar yang berharga semasa zaman persekolahan, di mana saya telah menjadi tutor matematik untuk rakan sebaya. Selain itu, saya berkhidmat sebagai guru ganti melalui program MyStep di sekolah rendah selama sebulan, yang memberikan pandangan tentang kepentingan kesabaran, komunikasi konsep yang berkesan dan memahami gaya pembelajaran individu. Saya percaya setiap individu memiliki teknik pembelajaran yang berbeza, dan sebagai seorang tutor saya berusaha untuk menyesuaikan kaedah pengajaran saya agar sepadan dengan teknik pembelajaran setiap murid. Saya masih baru dalam penyusunan modul tapi saya yakin bahawa dedikasi saya untuk menjadi seorang pendidik walaupun separuh masa, akan membuahkan hasil yang luar biasa. Saya akan berusaha sehabis sebaik untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan, interaktif dan bermakna bagi setiap pelajar, memastikan mereka mendapat pengalaman yang bermanfaat dalam mencapai objektif mereka. Jadikan saya sebagai tutor anda hari ini!
Teknik Pengajaran
Pendekatan saya terhadap pengajaran terutamanya dalam bidang kaedah pengiraan adalah dengan memberi pendedahan terhadap konsep terlebih dahulu. Saya akan memberikan pendedahan yang meluas kepada konsep ini disertai dengan contoh praktikal dan latihan yang melibatkan senario kehidupan sebenar. Yang kedua, menggunakan kata akronim dan teknik yang mudah untuk pelajar mengingati formula atau sesuatu perkara dengan lebih baik. Walaupun mempunyai pengalaman kurang daripada setahun dalam sektor pendidikan, saya yakin dengan keupayaan saya untuk melibatkan pelajar secara berkesan dengan menggunakan teknik menarik ini yang disesuaikan dengan keupayaan mereka. Aspirasi saya sebagai seorang pendidik adalah untuk memupuk persefahaman yang mendalam dalam kalangan pelajar melalui gabungan profesionalisme dan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan. Saya teruja untuk mengenali setiap daripada anda dan bekerjasama ke arah pencapaian akademik anda!
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 3, Darjah 5, Darjah 6
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 5, Darjah 6