Profile Picture

Nur Tasnim *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Electronic Computer And Information Engineering (Iium)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Wakaf Bharu, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi saya seorang tutor separuh masa dan telah menamatkan pendidikan tertinggi saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektronik Komputer dan Maklumat di IIUM. Untuk pendidikan di peringkat sekolah saya telah mendapat 5A dalam UPSR, 9A dalam PMR dan 9A 2B dalam SPM dan saya mendapat A+ dalam Matematik dan A untuk Matematik Tambahan. Saya telah menjadi home tutor dari bulan Julai 2023 dan mempunyai pengalaman mengajar Matematik pelajar Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3 dan SPM. Selain dari home tutor, saya juga pernah mengajar tuisyen di Sekolah Menengah untuk subjek Matematik Tingkatan 2.
Teknik Pengajaran
Setiap pelajar mempunyai cara tersendiri untuk memahami sesuatu perkara. Oleh itu, bagi subjek Matematik amatlah penting bagi saya untuk mengenalpasti titik kelemahan pelajar dan mencari cara mengajar yang bersesuaian dengan pelajar tersebut. Tidak lupa juga dengan menyediakan bahan mengajar yang bersesuaian dan menjawab soalan-soalan latihan bersama-sama terbukti dapat meningkatkan prestasi akademik untuk subjek tersebut.

Selain itu, saya mengekalkan komunikasi yang baik bersama pelajar supaya pelajar berasa lebih selesa dan tidak malu untuk bertanya atau mengutarakan soalan berkaitan pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Tingkatan 2
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5