Profile Picture

Fatin Nur *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Education

Institut Pendidikan Guru (Telah Bergraduasi)

Pontian, Johor

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai saya Cikgu Fatin, seorang guru moden yang berdedikasi dan kreatif dengan kepakaran membantu murid melalui pelbagai pendekatan pengajaran. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama dua tahun di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Dalam kelas saya, saya menekankan perkembangan dan pencapaian murid di samping menitik beratkan sahsiah murid. Saya akan tolong anak anda sehingga berjaya, kerana pepatah ‘guru adalah lilin’ sudah sebati dalam diri saya.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan tidak khusus kepada satu cara sahaja kerana berlainan murid datang dari latar belakang dan minat yang berbeza. Namun, teknik yang sering saya gunakan adalah didik hibur bagi menarik minat murid untuk suka apa yang mereka buat iaitu belajar. Saya juga mengaplikasikan teknik lain seperti inkuiri dan penyelesaian masalah, pengajaran yang berpusatkan murid, peta minda, di samping tidak mengenepikan teknik pengajaran tradisional seperti membaca dan menghafal. Kepuasan saya adalah apabila murid dapat memahami isi pelajaran dan mengamalkannya dalam kehidupan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 6
Matematik Darjah 6
Bahasa Melayu Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 6
P. Islam Darjah 6
Jawi Darjah 6
Mengaji - Al-Quran Darjah 6
Sejarah Tingkatan 4