About Me
Tentang Saya
Saya Cikgu Azhan. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 18 tahun dalam mendidik pelajar sekolah menengah. Subjek Teknologi Maklumat dan Sains Komputer merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik merupakan subjek minor. Berkemahiran dalam mengajar pengaturcaraan menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan pelajar cemerlang. Hubungi saya hari ini.
Teaching Method(s)
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 18 tahun dalam industri pendidikan, saya menerapkan teknik-teknik yang bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan teori dan praktikal aturcara merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik.