Profile Picture

Muhammad Daniel *******

(Physical)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Biologi Dengan Kepujian

Universiti Teknologi MARA (Arau) (Graduated)

Pendang, Kedah

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Cikgu Daniel. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Subjek Sains merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala Matematik merupakan subjek minor. Saya merupakan seorang tutor yang boleh mengajar anak anak pelajar sehingga mereka faham tanpa meminggirkan mereka yang lemah. Saya juga berupaya dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Jika ibu bapa di luar sana inginkan anak anak anda berjaya di dalam bidang akademik serta mempunyai sahsiah yang terpuji? Hubungilah saya.
Teaching Method(s)
Mempunyai pengalaman di dalam industri pendidikan kerana pernah menjadi guru mystep dan saya sedang menyambung pelajaran dalam bidang Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) kerana ingin menerapkan segala ilmu dan teori yang dipelajari di dalam dunia pendidikan yang sebenar. Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga menggunakan pelbagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam mencapai objektif pembelajaran. Saya melakukan pelbagai aktiviti yang menarik di dalam kelas untuk menarik minat serta kefahaman para pelajar terhadap topik tersebut. Pendekatan abad ke 21 merupakan cara saya mengajar para murid demi selaras dengan pelan pendidikan negara kita berpandukan DSKP. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar.
Subject
Subject School Level
Sains Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 1, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 4, Darjah 3