mytutor_mobile
Profile Picture

Syamin Musfirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik

Universiti Teknologi MARA (Seremban 3) (Sedang Belajar)

Kota Setar, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai adik-adik !! Salam perkenalan.Saya syamin,bakal tutor anda.Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda sains matematik. Nama pun sains matematik kan,mestilah jurusan saya major dalam matematik. Baiklah,saya yakin ramai pelajar yang kurang gemar dengan subjek matematik.Tetapi bagi saya subjek matematik merupakan subjek yang paling menarik,seronok dan mudah.Matematik ni istimewa tau adik-adik.Kita tak perlu menghafal dengan susah payah sepertimana kita menghafal sejarah,kosa kata dan lain-lain.Subjek matematik akan menjadi subjek kegemaran anda jika anda belajar dengan saya.Kuasai kaedah ,teknik dan formula matematik yang betul,maka anda pasti dapat skor A dalam subjek ini.Jangan lupa latihan ya. Sebagai selingan,saya merupakan bekas pelajar STPM aliran sains tulen.ya STPM adik-adik!! Orang cakap STPM adalah peperiksaan kedua yang sukar di Asia tenggara. Alhamdulillah saya lulus dengan jayanya dalam STPM dengan pngk 3.00++ Sebagai suntikan semangat..Saya merupakan pelajar cemerlang UPSR.Saya merupakan pelajar tahun akhir yang mengambil 5 subjek sebelum silibus dikemaskini.Kemudian saya ke salah sebuah yang terkemuka di kedah.Namun begitu,saya ni anak manja.Jadi saya berpindah ke sekolah menengah harian biasa yang rata-rata masyarakat memandang sekolah ini sebagai sekolah pelajar yang nakal dan kurang cemerlang dalam akademik.Alhamdulillah berkat usaha ,doa dan tawakkal,saya merupakan pelajar cemerlang spm di sekolah saya dan diangkat menjadi tokoh pelajar.Saya berjaya mendapat keputusan 8A. Jadi adik-adik..kalau say mampu untuk skor A- dalam subjek matematik tambahan dan A+ dalam matematik.Mestilah adik -adik jug mampu mendapat skor yang lebih baik dari saya.Semua manusia dilahirkan cerdik .Hanya usaha yang membezakan kita semua. Jumpa nanti yaa !!
Teknik Pengajaran
Saya suka dengan kaedah yang mudah difahami.Ringkas dan padat.Work smart not work hard.Itu prinsip saya.

Saya lebih kepada latihan dan memahami konsep serta formula matematik.Faham formula matematik,maka sudah pasti anda tahu cara mengaplikasikan formula tersebut
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3