Profile Picture

Farahzatul Izzah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Degree In Business Administration (Hons) In Islamic Finance

Universiti Kuala Lumpur (Telah Bergraduasi)

Setapak, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Walaupun sekarang saya bekerja sebagai eksekutif bank tapi minat saya dalam mengajar tidak mematahkan semangat saya untuk menyertai program ini. Saya seorang yang ramah namun tegas dalam mendidik orang. Saya akan sentiasa memastikan anak didik saya mencapai matlamat mereka. Moto hidup saya semasa zaman belajar dulu, “Always aim high”, dimana saya akan sentiasa target untuk mendapat keputusan paling tertinggi, sekurang kurangnya saya akan jatuh ke keputusan yang kedua tertinggi. Itu pun sudah cukup bagus. Saya seorang yang sangat sistematik. Dengan membuat jadual harian sendiri itu sangat normal dalam kehidupan saya, oleh itu saya harap saya dapat membantu anak didik saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif. Saya bukan seorang “nerd” atau “kaki study” tapi saya lebih kepada “study smart, not study hard”, jadi anak didik saya tidak perlu rasa takut, stress atau bosan belajar dengan saya, kerana saya akan membuatkan mereka seronok belajar dengan saya.
Teknik Pengajaran
Saya lebih gemar bercerita dahulu sebelum mula mengajar atau masuk ke topik baru, supaya anak didik saya boleh mendapat gambaran apa yang mereka akan belajar. Disebabkan saya selalu belajar menggunakan kaedah visual, jadi saya lebih suka lukis peta minda atau menulis di skrin untuk setiap penerangan supaya anak didik saya faham dengan apa yang terangkan. Selain daripada itu, saya seorang yang sangat kreatif sebagai contoh untuk mengajar murid tahun 1, saya akan menggunakan mainan atau cara lain untuk mengajar mereka, agar mereka tertarik dan faham untuk belajar
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Tadika