Profile Picture

Deepa A/p *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Master In Molecular Medicine

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Sedang Belajar)

George Town, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai, saya Deepa, seorang pendidik yang berpengalaman selama 10 tahun dalam memberikan tuisyen kepade pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Mata pelajaran utama yang saya ajar adalah Bahasa Malaysia (BM), Sejarah, Matematik, dan Sains. Selama tempoh pengajaran saya, saya berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dari keputusan gagal kepada pencapaian tahap B. Saya amat yakin bahawa setiap pelajar memiliki potensi yang luar biasa untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Dengan pendekatan pengajaran yang berfokus, saya tidak hanya membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik mereka tetapi juga membantu mereka memupuk minat dalam pembelajaran. Mari kita bersama-sama mencapai kejayaan akademik! Hubungi saya hari ini untuk mendapatkan bimbingan yang berkesan dan bantu anak anda mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Teknik Pengajaran
Dalam proses pengajaran saya, saya mengamalkan beberapa teknik berikut:

1. Penyesuaian Pengajaran: Saya menyesuaikan gaya pengajaran berdasarkan keupayaan dan keperluan setiap pelajar.

2. Penggunaan Bahan Pengajaran Pelbagai: Saya menggunakan pelbagai jenis bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar. Contoh - flashcards, peta minda, mini games

3. Pembelajaran Berasaskan Masalah: Saya galakkan pembelajaran berasaskan masalah untuk merangsang pemikiran kreatif.

4. Aktiviti Interaktif: Saya melibatkan pelajar dalam aktiviti interaktif untuk menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Hubungi saya hari ini untuk membincangkan keperluan pembelajaran khas anak anda.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Darjah 3
Sejarah Tingkatan 3, Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Darjah 4, Darjah 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 3
Membaca - BI Tadika
Membaca - BM Tadika