Profile Picture

Nur Syasha *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Peguruan Pendidikan Islam Rendah

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Pasir Mas, Kelantan

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum saya ustazah Syasha. Saya merupakan seorang guru pelatih yang masih mencari pengalaman dalam mendidik pelajar sekolah rendah. Saya baru sahaja menamatkan sesi praktikum selama 3 bulan pada tahun ini. Subjek pendidikan Islam rendah merupakan major subjek saya manakala bahasa arab pula merupakan minor subjek saya dalam dunia pendidikan. Kemahiran saya dalam menghasilkan ‘lesson plan’ dan berkomunikasi dengan murid dengan baik di dalam kelas telah menjadikan saya salah seorang daripada pelajar rentasan cemerlang praktikum. Pengalaman saya selama 3 bulan mengajar murid sekolah rendah telah banyak melatih saya untuk menjadi seorang tutor yang baik. Saya juga seorang yang ramah dan mampu mempelbagaikan cara penyampaian saya untuk menarik perhatian murid dan murid akan mudah untuk memahami sesuatu fakta. Oleh itu, sekiranya anda menginginkan kecemerlangan untuk anak anda. Hubungi saya sekarang!
Teknik Pengajaran
Saya akan menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan murid dapat memahami dan mengingati sesuatu fakta dengan cepat dan mudah. Antara kaedah yang saya akan gunakan adalah kaedah didik hibur, perbincangan, soal jawab, dan main sambil belajar bagi menarik perhatian murid dan memastikan murid tidak bosan semasa proses pembelajaran. Saya juga akan menggunakan teknik atau kaedah yang akan memudahkan murid mengenal, membaca dan menulis jawi dengan betul. Saya juga menggunakan bahan bantu mengajar bagi menarik minat murid dan murid akan melibatkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran.
Untuk pembelajaran dalam talian pula, saya akan menggunakan pelbagai apllikasi yang menarik, bewarna warni dan mempunyai animasi yang menarik bagi memudahkan murid untuk menjana idea idea yang baru.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 3
P. Islam Darjah 3
Bahasa Arab Darjah 3
Jawi Darjah 3