mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Aufa *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana(master) - Pengurusan Persekitaran

Universiti Kebangsaan Malaysia (Sedang Belajar)

Bangi, Selangor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia bagi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Geografi Kelas Pertama dan kini melanjutkan pelajaran dalam peringkat Sarjana di UKM. Tidak berfokuskan pembangunan akademik semata-mata, saya juga aktif dalam bidang kepimpinan dan kesukarelawanan dan keusahawanan di Universiti sepanjang pengajian ijazah sehingga kini. Minat terhadap pendidikan sentiasa subur diri saya justeru saya telah mengaplikasikan pendekatan pengajaran dalam pengurusan program di kolej dan universiti. Saya merupakan tutor muda bagi subjek Sejarah dan Geografi sewaktu menjalani pengajian Sijil Tinggi Pengajian Malaysia. Kini saya berkhidmat sebagai seorang Felo Kolej Kediaman dan Ketua Pengarah Operasi bagi BMART KAB disamping menyiapkan pengajian sarjana saya yang berbaki satu semester. Saya mempunyai sifat keibuan berikutan saya merupakan anak sulung perempuan yang membantu ibu bapa saya membesarkan 4 orang adik saya maka saya mempunyai kebolehan untuk berinteraksi secara komprehensif dengan kanak-kanak mahupun remaja dan mempunyai sifat sabar yang tinggi serta komited dalam melakukan tugasan. Saya mempunyai minat yang mendalam bagi bidang Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Teknik Pengajaran
Saya fleksibel untuk mengajar secara dalam talian mahupun bersemuka dan bersedia untuk ke rumah pelajar. Pendekatan pengajaran adalah penyampaian santai berdasarkan silibus namun efektif bagi memastikan pelajar memahami konteks pengajaran dan berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari berbanding sekadar menghafal. Kaedah pengajaran adalah berbentuk interaksi dengan implementasi teknologi terkini agar dapat menarik minat pelajar.
Penilaian & Maklumbalas

Puan Juliana Ramli : Prasekolah - 3M

Sangat bagus. Banyak membantu anak saya dalam mengusai bacaan dan ejaan. Pandai 'tackle' untuk anak fokus.

Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Seni & Kraf Darjah 1
Matematik Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 2
Sejarah Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 5
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Tingkatan 5
Sains Tingkatan 5