Profile Picture

Siti Athirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Balai Panjang, Melaka

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang guru yang sedang dalam tempoh pengajian. InsyaAllah saya akan menamatkan pengajian saya dalam bahasa Melayu Sekolah Rendah pada bulan Jun 2024. Walaupun begitu, saya sudah mempunyai pengalaman setahun lebih sebagai tutor secara bersemuka di Melaka. Saya telah mengajar subjek bahasa Melayu, Matematik dan Sains sekolah rendah. Saya juga mengajar menengah rendah dalam subjek bahasa Melayu dan Matematik.
Teknik Pengajaran
Saya sentiasa membuat persediaan awal sebelum pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh pensyarah di ipg. Bagi subjek bahasa Melayu, saya akan lebih berfokus dalam topik pemantapan tatabahasa kemudian barulah ke arah penulisan kerana bagi saya jika mudah murid menguasai tatabahasa, mudah juga mereka menguasai yang lain dalam bahasa Melayu. Bagi mata pelajaran yang lain pula, saya akan fokus pada bab apa yang murid lemah. Saya akan cuba pelbagai cara penerangan bagi memudahkan pemahaman mereka. Bagi subjek yang memerlukan hafalan khususnya subjek Sains dan matematik (formula), saya akan berfokus kepada kaedah akronim yang mudah dihafal. Selain itu, saya juga lebih suka menggunakan tayangan video bagi sesuatu penerangan khususnya dalam subjek sains bagi memudahkan murid saya berimaginasi dan faham bagaimana sesuatu fenomena terjadi.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Sains Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6