Profile Picture

Nurraihan

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Bachelor In Conputer Science (Cyber Security)

Universiti Tenaga Nasional (Ongoing Study)

Rawang, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya merupakan pelajar tahun akhir dalam Sarjana Muda Sains Komputer (Sekuriti Siber). Saya pernah berpengalaman menjadi seorang guru agama di sebuah sekolah agama swasta untuk pelajar tahun 1-6. Jadi saya boleh katakan saya seorang yang tegas dan pandai menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Saya seorang yang suka mengajar dan saya akan pastikan anak-anak didik saya mahir dalam subjek yang dipelajari. Saya juga berpengalaman mengajar tajwid dan mengajisecara dalam talian juga dalam lingkungan umur yang sama. Mengajar secara dalam talian bukanlah mudah kerana kita pelajar cepat bosan dengan hanya belajar dari skrin sahaja jadi saya perlu memastikan waktu pembelajaran saya adalah waktu belajar yang paling seronok bagi mereka.
Teaching Method(s)
Saya mempunyai beberapa teknik pengajaran. Oleh kerana masa belajar yang lama, pelajar boleh menjadi sedikit bosan jadi saya akan mengoptimumkan waktu belajar supaya mereka merasakan waktu belajar itu pendek. Saya juga akan memastikan saya hanya mengajar dalam 20-30minit dan selebihnya saya akan memasukkan penglibatan para pelajar dalam proses pembelajaran dengan cara membuat kuiz,pertandingan dan hukuman yang menarik dan menyeronokkan bagi mereka. Disebabkan pengalaman mengajar saya melibatkan kanak-kanak kebiasaanya saya akan mengupah mereka dengan sticker atau sebiji gula-gula sebagai tanda penghargaan dan juga mereka akan rasa lebih bersemangat. Saya juga akan minimumkan penulisan di papan putih dengan hanya menulis kata kunci sahaja supaya mereka tidak rasa terbeban. Dan kebiasaannya saya akan memaksimumkan contoh-contoh. Sekiranya perlu saya akan berikan soalan critical thinking kepada pelajar untuk mengoptimunkan penglibatan mereka supaya tidak rasa mengantuk.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Fardhu Ain Tadika
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 3
Matematik Tadika, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 6, Darjah 5
Membaca - BM Tadika, Darjah 2
Bahasa Melayu Darjah 3, Darjah 2, Darjah 5
Sains Darjah 3
Bahasa Arab - Third Language Darjah 2, Darjah 6, Darjah 5
Sejarah Darjah 6
Bahasa Arab Darjah 5
Mengaji - Al-Quran Darjah 5, Darjah 6