Profile Picture

Nur Suhaila *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sijil - Institute Of Chartered Accountants In England And Wales (Icaew) - Professional Accounting

Universiti Sunway (Sedang Belajar)

Subang Jaya, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Suhaila, seorang yang mesra dan mudah bergaul. Saya juga berpengalaman dalam menjadi mentor kumpulan sewaktu di sekolah menengah, di mana menjadi satu insentif supaya saya dapat lakukan yang terbaik buat kerjaya saya. Saya juga kerap membantu rakan-rakan berkaitan pelajaran, selain membantu menyuntik semangat dalam diri mereka untuk meneruskan perjuangan dalam pembelajaran tatkala mereka merasakan tidak mampu atau tidak yakin dengan potensi diri (memandangkan kursus yang saya ambil merupakan kursus professional dan amat mencabar). Demikian itulah apa yang saya akan lakukan bersama anak didik saya, di mana saya bukan hanya akan menjadi tutor dalam pelajaran, tetapi juga tutor yang boleh membantu meningkatkan semangat mereka untuk terus belajar dan menimba ilmu supaya mereka dapat mencapai impian yang dibina.
Teknik Pengajaran
Saya lebih gemar mengajar secara bersemuka, namun apapun perubahan boleh diusahakan mengikut kesesuaian dan keselesaan ibu bapa kepada murid. Saya mengamalkan fleksibiliti untuk memudahkan setiap pihak dalam membuat keputusan.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 6
Matematik Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
P. Islam Darjah 6