Profile Picture

Nur Fariha *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Animal Resource Science Management

Universiti Malaysia Sarawak (Telah Bergraduasi)

Kuantan, Pahang

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor subjek Sains bagi murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya juga pernah mengajar subjek Matematik selama hampir setahun. Saya sudah biasa dengan silibus KSSM yang terkini serta format soalan peperiksaan SPM. Saya sangat menitik beratkan penguasaan pengetahuan murid bagi setiap topik supaya murid dapat menjawab apa jua jenis soalan yang diberikan. Saya juga pernah mengendalikan seminar peperiksaan yang dianjurkan oleh pusat tuisyen. Pilihlah saya sebagai tutor kerana saya akan pastikan anak Tuan Puan tidak ketinggalan dalam pelajaran!
Teknik Pengajaran
Saya sentiasa mengaitkan peristiwa kehidupan seharian dalam pengajaran kerana Sains adalah tentang kehidupan. Saya juga sentiasa berkongsi tips mudah untuk menghafal fakta, teknik menjawab soalan serta cara menulis nota dengan efektif. Selain itu, aktiviti didik hibur juga adalah salah satu teknik yang saya gunakan untuk menarik minat pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Darjah 2, Darjah 3
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Inggeris Darjah 2
P. Islam Darjah 2