Profile Picture

Nur Fatihah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Politeknik Ungku Omar (Telah Bergraduasi)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan graduan diploma dalam bidang kejuruteraan mekatronik. Saya juga mempunyai pengalaman bekerja dalam industri selama 1 tahun dalam masa yang sama, saya merupakan pelajar separuh masa Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia. Sebagai seorang tutor, saya beriltizam untuk membantu anak didik saya meningkatkan pencapaian akademik mereka dengan memberi bimbingan dan sokongan yang diperlukan. Kepuasan saya terletak pada melihat murid-murid berjaya mencapai potensi sepenuhnya dalam akhir pembelajaran.
Teknik Pengajaran
-Pembelajaran Aktif: Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran seperti melalui perbincangan atau aktiviti hands-on. Ini membantu pelajar memahami konsep dengan lebih baik.

-Teknik Soal Jawab: Mengajukan soalan kepada pelajar untuk menggalakkan pemikiran kritikal, merangsang minat dan mengukuhkan kefahaman.

-Pembelajaran Mengikut Kemampuan: Menyesuaikan kaedah pengajaran dan bahan mengikut tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.

-Pembelajaran Berasaskan Masalah: Memberikan pelajar masalah atau situasi sebenar untuk diselesaikan, memupuk kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikir secara kritikal.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 3, Tingkatan 1
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 6
Bahasa Inggeris Darjah 1
Membaca - BM Darjah 1
Sains Darjah 6