Profile Picture

Nur Amalina *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Kaunseling Dengan Kepujian

Universiti Sains Islam Malaysia (Telah Bergraduasi)

Kuantan, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Amal. Saya merupakan seorang tutor dan guru yang berdedikasi dan berpengalaman lebih kurang 4 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek bahasa Melayu dan Pendidikan Islam merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan memandangkan saya juga pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, saya juga mahir dalam mengajar asas Iqra dan Al-Quran. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga berkemahiran dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak mempunyai peningkatan prestasi serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah didik hibur dan bertanyakan soalan-soalan tentang subjek yang dipelajari untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik pemudah cara seperti akronim yang mudah untuk memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan cepat dan berkesan. Saya juga menyediakan nota dan slide/persembahan multimedia yang berwarna warni bagi kelas dalam talian untuk menarik minat pelajar agar lebih fokus ketika sesi pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 3
Membaca - BM Darjah 3
P. Islam Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Mengaji
Matematik Darjah 1