Profile Picture

Nurul Fatihah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan Islam Pendidikan Sekolah Rendah

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Pendang, Kedah

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Nurul Fatihah Binti Abdul Razak, berumur 22 tahun dan merupakan siswi pendidik daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim. Saya mempunyai pengalaman mengajar selama setahun sebagai guru ganti dalam subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi murid sekolah rendah. Kemudian, dari segi latar belakang pendidikan, saya memperoleh 5A dalam UPSR, 10A dalam PT3, 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM dan pangkat Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM. Sepanjang melanjutkan pengajian di IPG, saya telah memperoleh keputusan ijazah kelas pertama bagi setiap semester dan memperoleh CGPA 3.91. Saya amat berminat dengan bidang pendidikan dan suka mengajar murid daripada pelbagai latar belakang dan usia. Saya juga boleh mengajar subjek lain selain daripada bidang agama dan bahasa arab.
Teknik Pengajaran
Berdasarkan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari di IPG, saya gemar untuk menggabungkan teknik pengajaran sama ada menggunakan teknologi seperti kaedah tayangan slideshow dan kaedah gamifikasi dan juga kaedah pengajaran menggunakan papan putih seperti mana yang biasa digunakan oleh guru di sekolah. Kedua-dua kaedah ini mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan pengalaman saya mengajar di sekolah dan sepanjang tempoh praktikum yang perlu dilaksanakan oleh semua guru pelatih IPG. Bahkan, teknik pengajaran lain yang akan digunakan ialah menggunakan formula mudah untuk mengingat sesuatu fakta berdasarkan teknik hafalan perkataan ringkas. Teknik ini sering digunakan oleh saya sendiri sepanjang di alam persekolahan.
Subjek
Subjek Tahap
Fardhu Ain Tadika
Mengaji - Iqra Tadika
Matematik Tadika, Darjah 3
Membaca - BM Tadika
Bahasa Arab Tadika, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 3
P. Islam Darjah 3
Mengaji - Al-Quran Darjah 3