mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Aqilah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Economics

University of Manchester (Sedang Belajar)

Shah Alam, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi saya Aqilah. Pelajar tahun dua jurusan ekonomi di University of Manchester. Saya telah menjadi mentor kepada ramai rakan saya sejak dari sekolah menengah lagi. Saya juga merupakan antara pelajar terbaik dalam peperiksaan International Baccalaureate (setaraf A-Level), sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom di bawah tajaan MARA. Keputusan SPM saya adalah 2A+ 6A 1A- dan 1B+, di mana subjek Matematik Moden saya memperoleh A+, dan matematik tambahan, A. Di universiti, saya telah mengambil subjek Advanced Mathematics dan Advanced Statistics. Saya juga telah menyertai banyak pertandingan Matematik seperti Maths Olympiad dan Kangaroo Maths. Oleh itu, saya mampu menjadi tutor Matematik yang baik kepada anak tuan puan. Saya juga boleh memberikan motivasi kepada pelajar agar sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa. Tambahan lagi, dengan kelayakan saya, saya juga boleh memberi inspirasi kepada anak tuan puan untuk belajar bersungguh-sungguh supaya boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dengan sifat berdedikasi dan "easy going", saya mampu menarik minat anak anda untuk lebih memahami subjek Matematik! Hubungi saya sekarang!
Teknik Pengajaran
Untuk subjek matematik, saya lebih berminat kepada teknik "buat latihan, kalau tak tahu, tanya" dan saya akan terangkan konsep topik tersebut sehingga pelajar faham. Dengan pengalaman 9 tahun dalam mempelajari bidang matematik, saya mampu untuk meringkaskan dan memudahkan konsep kepada pelajar supaya dapat memaksimakan kefahaman mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tambahan IGCSE MRSM - Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Matematik Tambahan DLP IGCSE MRSM - Tingkatan 4
Matematik Tingkatan 5, Darjah 6, Tingkatan 3
Ekonomi Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Darjah 6, Tingkatan 3
Matematik Tulen Cambridge - A Level