mytutor_mobile
Profile Picture

Ahmad Luqmanul *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Cheras, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Luqman. Saya merupakan seorang tutor yang berpengalaman selama 4 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Subjek Matematik adalah subjek kegemaran saya dan saya akan jadikan ia subjek kegemaran anda juga. Selain itu, saya juga boleh mengajar kimia, fizik dan Matematik Tambahan sebagai minor. Saya suka sesi yang ringkas, santai tetapi padat dengan menekankan cara menjawab. Kemahiran saya dalam menganalisa corak dan penyelesaian soalan pasti akan memudahkan pelajar. Walaupun dalam usia muda, saya sering dijemput untuk sebagai fasilitator dan tutor Gerak Gempur SPM serta motivasi pelajar kerana cara penyampain yang selari dengan perubahan arus globalisasi. Sekiranya berminat terus hubungi saya.
Teknik Pengajaran
“Study smart not study hard”. Prinsip yang saya tekan kepada pelajar saya. Kebiasaanya saya akan memberi latih tubi bentuk soalan yang sukar dijawab pelajar. Saya juga ada beberapa tips yang pelajar dapat gunakan selari dengan teknik pengajar dari MRSM dan SBP kerana saya bekas pelajar dan dilatih oleh cikgu-cikgu dari sana. Seperti yang saya katakan ringkas, santai dan padat, saya akan menyelami permasalahan biasanya susah untuk di-score untuk pelajar dan gilap bentuk-bentuk soalan yang mereka mahir supaya tiada kesilapan culas dilakukan.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 6, Darjah 5, Darjah 4, Tingkatan 5, Tingkatan 4
Nasyid Mahir (Professional)
Mengaji - Al-Quran Mengaji