Profile Picture

Nur Faezah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sejarah

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Telah Bergraduasi)

Kota Bharu, Kelantan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hai Assalamualaikum saya cg Faezah merupakan alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kos ijazah sarjana muda pendidikan Sejarah. Minor saya adalah Bahasa Melayu. Saya seorang yang kreatif dalam merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai teknik pengajaran yang mampu membantu para murid mencapai objektif pembelajaran. Saya telah berjaya menghasilkan beberapa inovasi pengajaran khusus dalam subjek sepanjang 4 tahun menimba ilmu di UPSI. Melalui penilaian pensyarah saya telah mendapat gred A dalam latihan mengajar di dua buah sekolah. Saya juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk para murid.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran yang saya gunakan semestinya berdasarkan sistem pendidikan negara iaitu Pembelajaran Abad ke-21 yang merangkumi elemen komunikasi klobratif pemikiran kritis kreatif serta nilai-nilai murni. Oleh itu, saya sedaya upaya memastikan setiap teknik pengajaran yang saya gunakan merangkumi elemen tersebut. Antara teknik pengajaran yang sering saya gunakan dan paling disukai oleh para murid ialah teknik belajar sambil bermain yang terbukti mampu melibatkan murid secara aktif dalam pdpc
Subjek
Subjek Tahap
Sejarah Tingkatan 3