mytutor_mobile
Profile Picture

Nor Syahira *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bachelor In Business Administration With E-commerce (Hons)

Universiti Islam Selangor (Telah Bergraduasi)

Sungai Buloh, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya seorang yang bermotivasi tinggi dan bersungguh-sungguh dalam membantu serta mendidik pelajar saya untuk jadi lebih kehadapan dan cemerlang. Saya juga seorang yang kreatif dalam mendidik sebagai usaha untuk membantu anak-anak mudah faham dan tidak bosan ketika belajar. Saya seorang yang mesra namun tegas, saya akan memastikan anak-anak seronok dan selesa berkomunikasi dengan saya namun pada masa yang sama saya juga akan pastikan anak-anak berdisiplin serta bersungguh-sungguh ketika belajar. Saya akan curahkan ilmu dalam mendidik dan membimbing anak-anak didik saya sepenuh hati supaya mereka dapat mencapai matlamat yang cemerlang. Oleh itu, saya yakin saya dapat menjadi tutor yang terbaik untuk anak-anak tuan dan puan.
Teknik Pengajaran
Dari segi pembelajaran, saya lebih suka menggunakan teknik “Enjoy Learning” dimana teknik ini merangkumi kaedah belajar sambil bermain, kuiz, perbincangan serta komunikasi dua hala dimana selain anak-anak fokus belajar, mereka juga dapat mengasah kemahiran bersosial yang mana sangat penting juga bagi mereka. Selain itu, teknik ini juga dapat memupuk minat anak-anak untuk belajar dan mudah faham kerana saya percaya apabila anak-anak berada dalam suasana yang seronok dan selesa mereka secara tidak langsung memberi lebih perhatian kerana keadaan tersebut telah menarik minat mereka. Tambahan pula, saya juga merasa teknik ini juga dapat membantu anak-anak untuk lebih cekap dan tenang dalam menyelesaikan masalah. Selain teknik “Enjoy Learning” saya juga menyedikan bahan mengajar yang menarik dan efektif seperti nota-nota yang berwarna dan juga akronim.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 3, Tingkatan 1, Darjah 1, Darjah 6, Tingkatan 2, Darjah 2
P. Islam Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Mengaji - Al-Quran Tingkatan 3, Tingkatan 1, Darjah 6
Mengaji - Iqra Darjah 1, Darjah 2, Tadika
Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 1, Darjah 2, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2