mytutor_mobile
Profile Picture

Moony Saleney *******

(Dalam Talian)

Sarjana(master) - Keusahawanan

Universiti Malaysia Kelantan (Pengkalan Chepa) (Sedang Belajar)

Simpang Ampat, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam sejahtera. Saya Ms Moony. Saya berasal dari Pulau Pinang. Saya memiliki ijazah dalam Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Pelancongan) dari UMK. Sepanjang pengajian saya, saya telah menekuni bidang kesukaan saya dan telah mengembangkan pemahaman yang mendalam dalam subjek keusahawanan. Pada masa kini, saya sedang melanjutkan pelajaran saya di peringkat Sarjana (Master) di universiti tempatan iaitu UMK Tambahan pula, saya telah memperoleh pengalaman mengajar di Pusat Tuisyen Kumon untuk tempoh tertentu, yang dilanjutkan sehingga tamat cuti semester saya. Selain itu, saya pernah berkhidmat sebagai tutor di pusat tuisyen lain. Sepanjang masa ini, saya telah merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dengan berkesan, di samping memperoleh pengalaman berharga dalam berinteraksi dengan pelajar dari pelbagai latar belakang. Saya seorang individu yang sangat berdedikasi dan mempunyai minat yang mendalam terhadap pendidikan. Saya sangat percaya dalam membantu setiap pelajar mencapai potensi penuh mereka dan menyediakan mereka untuk masa depan yang cerah. Saya sangat bersemangat untuk melanjutkan kerjaya saya dalam pendidikan dan bercita-cita untuk memberi impak positif kepada masyarakat. Selain itu, saya cemerlang dalam mewujudkan persekitaran yang menggalakkan untuk pelajar menikmati dan melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Pilih saya sebagai tutor anda hari ini !
Teknik Pengajaran
Saya mengunakan kaedah permainan bahasa yang merupakan salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Saya juga menggunakan teknik simulasi iaitu satu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal yanmg sengaja diwujudkan dalam situasi yang sebenar. Melalui teknik ini murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpul maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi -isi penting.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Tadika, Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Tadika, Darjah 3, Darjah 4
Pendidikan Moral Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BI Tadika, Darjah 3
Bahasa Melayu Tadika
Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Perniagaan Tingkatan 4, Universiti - Diploma, Tingkatan 5
Pengajian Keusahawanan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Geografi Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Prasekolah - 3M Tadika