Profile Picture

Muhammad Firdaus *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Penampang, Sabah

Institut Perguruan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang yang ramah dengan anak didik saya kerana saya pasti sikap ini akan menjadikan mereka selesa untuk belajar dengan saya. Dalam masa yang sama, ketegasan dalam mendidik tidak saya pandang sebelah mata kerana sikap ini akan membantu anak didik menjadi lebih berdisiplin. Sebagai seorang pendidik, tanggungjawab saya adalah untuk membantu dan menolong anak didik dalam mencapai pemahaman yang optimum di dalam kelas di samping mereka sentiasa gembira dan seronok berada di dalam kelas saya. Saya Muhammad Firdaus, bersedia menjadi tutor anda!
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran saya lebih tertumpu kepada pemahaman murid di samping memastikan mereka seronok belajar. Di samping itu, sebagai seorang pendidik juga saya akan memastikan mereka sentiasa bermotivasi untuk belajar dan sentiasa ingin belajar. Saya juga akan menggunakan teknik-teknik atau penyampaian yang mudah untuk mereka faham tetapi dalam masa yang sama mereka masih mampu untuk menguasai objektif dan hasil pembelajaran yang dipelajari.
Penilaian & Maklumbalas

Christine : Bahasa Melayu

Tutor Firdaus menjalankankan kelas online dengan baik. Anak saya faham dengan apa yang tutor mahu sampaikan.

Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 3, Darjah 4, Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6, Darjah 4