Profile Picture

Nur Bashirah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Tumpat, Kelantan

Institut Perguruan

Training Membaca

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Nur Bashirah merupakan guru pelatih tahun 3 di IPG Kampus Kota Bharu. Saya adalah pelajar ijazah sarjana muda dalam pengkhususan major Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan minor Pendidikan Seni Visual. Saya berpengalaman dalam mendidik murid-murid di sekolah rendah memandangkan pernah berpraktikum di sekolah rendah baru- baru ini. Pelbagai kaedah dan pendekatan yang saya gunakan untuk memastikan murid-murid dapat memahami dan menguasai bahasa Melayu dengan baik. Bukan itu sahaja, saya juga berpengalaman membantu murid yang mengalami kesukaran membaca supaya dapat membaca dengan baik.
Teknik Pengajaran
Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang saya gunakan untuk memastikan murid dapat membaca dengan baik misalnya didik hibur. Teknik didik hibur amat membantu dalam meningkatkan kemahiran membaca murid kerana dapat memudahkan murid membaca dan mengurangkan rasa bosan memandangkan banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam didik hibur. Semasa di sekolah, saya menggunakan teknik didik hibur kepada murid untuk membaca dengan menyediakan lagu yang bertemakan suku kata serta mengandungi gambar yang sesuai supaya murid lebih seronok belajar. Selain itu, saya juga menyediakan bahan bacaan berbentuk permainan atau kuiz secara dalam talian menerusi quiziz dan wordwall untuk menggalakkan murid membaca.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 1