Profile Picture

Syahmie Arif *******

(Online & Physical)

Diploma / Stpm - Kejuruteraan Mekanikal

Universiti Teknologi MARA (Bukit Besi) (Ongoing Study)

Wakaf Bharu, Kelantan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Assalamualaikum, saya syahmie saya merupakan seorang tutor yang komited serta bersemangat tinggi dalam membimbing anak murid saya untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran. Selain itu, saya seorang yang baik dan ramah namun tegas dalam perkara yang serius. Saya turut akan menjadikan anak murid saya hubungannya seperti rakan sendiri untuk membuatkan anak murid saya belajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif serta tidak tertekan. Seterusnya, saya juga akan sentiasa memastikan cita-cita anak murid saya selama ini akan tercapai. Tambahan lagi, saya turut suka membantu anak murid saya dari segi penyusunan jadual masa yang efektif untuk memudahkan jadual atur hidup mereka. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya turut mempunyai sifat kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak murid sehingga dia betul-betul berjaya. Oleh itu, jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya turut mengaplikasikan kaedah hiburan spontan dalam proses pengajaran untuk memastikan pelajar lebih selesa dan tidak cepat bosan. Selain itu, saya aktif menyediakan teknik karangan mudah fahami dan penerapan formula pantas, memastikan anak didik saya dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dengan mudah. Penggunaan akronim adalah salah satu strategi yang saya amalkan untuk membantu memudahkan proses mengingati informasi. Dalam kelas dalam talian, saya menyediakan nota yang berwarna-warni untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih menarik dan interaktif. Jadikan saya pilihan anda dalam memperkayakan pengalaman pembelajaran anak didik!
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 5, Darjah 6, Darjah 1, Darjah 3, Darjah 2, Darjah 4, Tingkatan 3, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 4
Bahasa Cina Darjah 1
Matematik - Bahasa Cina Darjah 1, Darjah 6, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Membaca - BM Darjah 6, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Bahasa Melayu Darjah 6, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2
Matematik Tambahan Tingkatan 3, Tingkatan 5, Tingkatan 4
Fizik - Bahasa Melayu Tingkatan 4