mytutor_mobile
Profile Picture

Arifah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Arab

Universiti Yarmouk (Jordan) (Telah Bergraduasi)

Jerantut, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fa. Saya merupakan graduan daripada Universiti Yarmouk dalam bidang Bahasa Arab. Saya juga menyambung pelajaran saya dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di Institut Perguruan Guru. Saya kini sedang menunggu panggilan temuduga daripada SPP. Saya berpengalaman dalam mengajar subjek Bahasa Arab sekolah menengah. Saya juga berpengalaman dalam mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Matematik sekolah rendah. Dengan pengalaman yang saya ada, saya berkemahiran dalam silibus pelajaran terkini dan format kertas soalan. Saya juga boleh berbahasa Arab dengan fasih.
Teknik Pengajaran
Saya lebih memfokuskan kepada titik kelemahan pelajar dalam pengajaran saya. Jika pelajar kurang mahir dalam membuat ayat dalam bahasa Arab, saya akan ajar cara membuat ayat sehingga pandai menulis karangan bahasa Arab. Jika pelajar kurang mahir dalam komunikasi bahasa Arab, saya akan latih cara bercakap dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. Saya yakin bahawa tutor bukanlah untuk ambil alih peranan guru di sekolah, tetapi untuk kenalpasti kelemahan pelajar dan membaikinya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Arab Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Inggeris Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6