Profile Picture

Nurhazirah Athirah *******

(Online & Physical)

Sarjana Muda - Actuarial Science

Universiti Teknologi MARA (Shah Alam) (Ongoing Study)

Shah Alam, Selangor

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Saya Hazirah atau lebih dikenali oleh pelajar-pelajar saya sebagai Teacher Mei. Subjek Matematik merupakan salah satu subjek yang sukar bagi pelajar sekolah menengah mahupun sekolah rendah jika pelajar tersebut tidak mempunyai minat dalam subjek tersebut. Berdasarkan tiga tahun saya mengajar subjek Matematik kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, mereka hanya kurang memahami “pattern” ataupun rahsia disebalik angka yang di intepretasikan ke dalam “bahasa Matematik” itu.

Sedikit latar belakang tentang diri saya, semasa saya belajar di MRSM, saya mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan Matematik antarabangsa iaitu Singapore and Asian Schools Math Olympiad 2018 dan Kangaroo Math Competition 2015 dan juga pada 2018. Saya juga telah berjaya mendapat keputusan A+ dalam subjek Matematik Modern dan Matematik Tambahan.

Dengan ini, saya suka untuk berkongsikan kepada pelajar-pelajar termasuk calon SPM, teknik-teknik untuk cemerlang dalam subjek Matematik. Dalam masa yang sama memberi rasa minat dalam subjek tersebut.

Your children think numbers are boring? Call me, I have a cure for that.

Teaching Method(s)
Teknik yang sudah saya rangkakan selama tiga tahun pengalaman saya mengajar adalah “Efficient and Fun”. Bila bertutur tentang angka, efficiency merupakan komponen yang penting bagi mencari solusi soalan dalam Matematik. Saya juga menerapkan sikap seronok tolong selesaikan masalah menggunakan ilmu Matematik. Teknik-teknik yang digunakan oleh saya ini, bukan sahaja boleh diguna pakai di peringkat sekolah sahaja, saya juga mempraktikkan teknik ini dalam kursus saya di peringkat universiti. Pelbagai teknik untuk memudahkan pelajar-pelajar saya seperti teknik menggunakan formula dengan betul, mengenalpasti key points untuk menyelesaikan masalah, memerhatikan pattern soalan berdasarkan key points yang telah dikenapasti dan banyak lagi. Saya sangat berpuas hati melihat pelajar-pelajar didikan saya mampu skor A+ dalam subjek Matematik setelah mengetahui teknik dan rahsia untuk cemerlang dalam Matematik.

“When I consider what people generally want in calculating, i found that it always is a number.” -Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi
Subject
Subject School Level
Matematik Tingkatan 3, Tingkatan 5, Darjah 6, Tingkatan 4
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 3, Tingkatan 5, Darjah 6, Tingkatan 4