mytutor_mobile
Profile Picture

Rusnajaa Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Mekatronik

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Kajang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Salam sejahtera! Saya Rusnajaa, seorang tutor yang dengan latar belakang dalam Kejuruteraan Mekanikal dan Sains Data & Analisis. Matematik dan Sains merupakan subjek kemahiran saya. Pendekatan saya lebih kepada kaedah logik dan langkah-demi-langkah (step-by-step) supaya konsep-konsep kompleks dapat dihadam oleh murid dengan lebih mudah. Komitmen saya adalah untuk memahami cara murid-murid berfikir dan menggunakan kelebihan mereka untuk mencapai matlamat dalam pencapaian akademik serta menerapkan sifat pembelajaran sepanjang hayat dalam diri mereka.
Teknik Pengajaran
Pada peringkat awal, saya akan bertanya soalan kepada murid untuk mengenalpasti tahap pemahaman mereka dalam subjek tersebut. Pendekatan saya semasa mengajar adalah dengan menghubungkan pembelajaran sesi kelas dengan situasi dunia sebenar, menggunakan analogi dan contoh yang relevan untuk membentuk pemahaman yang lebih mendalam dan menggalakkan mereka berfikir. Kaedah didik hibur menggunakan permainan/gamifikasi juga saya gunakan untuk memastikan murid tidak bosan, serta menggalakkan mereka untuk menghasilkan nota ulangkaji dan karangan sendiri berdasarkan pemahaman masing-masing.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 4, Tingkatan 1, Darjah 5
Sains Darjah 4, Tingkatan 1, Darjah 5
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 4, Darjah 5
Reka Bentuk Teknologi Tingkatan 1
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Darjah 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 1, Darjah 5