mytutor_mobile
Profile Picture

Nurul Farhanah *******

Sarjana Muda - Sarjana Muda Pendidikan Sains (kepujian) Kimia (universiti Teknologi Mara)

Nilai, Negeri Sembilan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Selamat Berkenalan. Saya Cikgu Farhanah. Saya merupakan seorang pengajar yang bersemangat waja dan berkebolehan dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Selama 3 tahun sebagai pendidik, saya fokus dalam mengajar subjek sains dan matematik bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya juga berkebolehan untuk mengajar subjek kimia bagi tahap menengah atas. Saya berjaya membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi akademik mereka sepanjang tempoh saya mengajar. Saya juga berkeupayaan memberikan bimbingan dan dorongan kepada pelajar untuk terus belajar dan tidak mudah berputus asa. Perlukan tutor yang sangat berdedikasi membantu anak anda dalam pelajaran mereka? Jangan terlambat dan hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman 3 tahun sebagai pendidik, saya mengaplikasikan kaedah pengajaran yang santai; berinteraksi dengan pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa. Saya menerapkan teknik pengajaran berkonsepkan 'guru muda' di mana pelajar perlu membuat latihan untuk meningkatkan kefahaman mereka dalam subjek yang dipelajari dan menerangkan semula kepada tutor. Teknik ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami pembelajaran di samping mengasah kebolehan berinteraksi dengn baik. Saya juga mengaplikasikan teknik-teknik yang berasaskan abad ke-21 sebagai alat bantu mengajar untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Matlamat saya adalah seiring dengan hasrat ibu bapa terhadap anak-anak mereka iaitu berjaya membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Sains - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Tingkatan 4
Tingkatan 5