mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Nafisah *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - English Language And Literature

Universiti Sains Malaysia (Georgetown) (Telah Bergraduasi)

Jelutong, Pulau Pinang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Hi, Saya Teacher Nafisah, lebih dikenali sebagai Teacher Fie. Saya merupakan seorang tutor dan guru berpengalaman dan berdedikasi dalam mendidik pelajar. Saya juga merupakan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan di Pulau Pinang yang mengajar Subjek Matematik bagi Tingkatan 2 & 4. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik merupakan subjek major yang saya pelajari. Saya juga sering mengendalikan kelas bagi calon-calon SPM yang melibatkan kumpulan yang besar. Selain itu, saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi pelajar supaya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan cemerlang. Anda perlukan perkhidmatan saya untuk membantu anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Pengalaman saya dalam dunia pendidikan telah membantu dan mengajar saya teknik pengajaran yang efektif bagi meningkatkan skor anak-anak pelajar saya. Saya yakin dan cakna akan perkembangan teknologi yang secara tidak langsung menyebabkan anak-anak berfikiran kreatif dan inovatif. Oleh itu, semua format dan pengajaran saya terutamanya subjek Matematik melibatkan pengajaran yang melibatkan skills, question answer, game solution, 'creative thinking' dan sebagainya. Saya juga akan menyediakan formula yang ringkas, mudah diingati dan juga kelakar dalam masa yang sama untuk meningkatkan daya ingatan pelajar. Bagi bahasa Melayu pula, nota yang saya akan sediakan amat ringkas dan mudah, selain itu, saya juga akan menyediakan tips bagi menjawab soalan soalan peperiksaan. Bukan itu sahaja, latihan yang diberikan juga akan dijawab bersama-sama anak-anak pelajar saya. Insya Allah ilmu yang akan saya kongsi dapat membantu anak-anak untuk mencapai 'flying colours' dalam peperiksaan kerana ianya merupakan visi saya sebagai sorang pendidik.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3