Profile Picture

Nur Syafiqah *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Pendidikan Awal Kanak Kanak

Universiti Selangor (Bestari Jaya) (Telah Bergraduasi)

Kuching, Sarawak

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Lebih mesra dipanggil Teacher Syafiqah. Semenjak menuntut ilmu Diploma Pengajian Prasekolah sehingga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal kanak-kanak, saya sentiasa melalukan aktiviti bersama kanak-kanak di sekolah mahupun di tempat belajar (UNISEL) dan mengalakkan mereka memanggil saya Cikgu mahupun Teacher Syafiqah. Saya mempunyai pengalaman lebih kurang 14 tahun dalam dunia kanak-kanak. Pengalaman yang mencabar,mengajar, mendidik, membimbing bukan hanya kepada kanak-kanak malah kepada ibu bapa yang memerlukan ilmu tentang pendidikan awal kanak-kanak. Praktikal di sekolah sebanyak 2 kali dan selama 5 bulan di sekolah dan juga pernah bekerja sambilan di pusat jagaan/Tadika/Pasti/Pusat Tusyen menjadi sumber keyakinan saya untuk terus mendidikan kanak-kanak demi masa depan mereka.
Teknik Pengajaran
Kaedah yang saya akan sentiasa terapkan adalah 'learning through play' untuk kanak-kanak berusia 2 sehingga 6 tahun. Dengan cara 'hands-on' aktiviti kanak-kanak akan lebih cepat faham, lebih menarik perhatian dan membantu kanak-kanak untuk terangsang dalam pembentukan dan perkembangan kanak-kanak. Teori Kepelbagaian Kecerdasan sangat menitiberatkan tentang cara kanak-kanak mempelajari sesuatu. Setiap individu kanak-kanak mempunyai kepelbagaian cara yang berbeza untuk belajar. Justeru itu, saya sebagai pendidik kanak-kanak perlu mengenalpasti karakter mereka agar mudah untuk menarik minat mereka belajar dan terus dapat mencapai objektif pembelajaran.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Seni & Kraf Tadika