mytutor_mobile
Profile Picture

Muhammad Firdaus *******

(Bersemuka)

Sarjana Muda - Kejuruteraan Elektrik

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Ayer Keroh) (Sedang Belajar)

Sentul, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Muhammad Firdaus, seorang pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Saya amat meminati subjek Matematik sewaktu berada di sekolah Menengah dan telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam subjek ini ketika SPM. Berdasarkan pengalaman saya ketika menuntut ilmu, saya menyedari bahawa subjek matematik berkait rapat dan memainkan peranan penting dalam bidang kejuruteraan elektrik. Konsep-konsep matematik yang kompleks seperti kalkulus dan algebra sering kali digunakan dalam jurusan elektrik ini. Oleh itu, saya percaya saya dapat membawa manfaat kepada pelajar dengan membantu mereka memahami dan mengaplikasikan subjek matematik secara efektif.
Teknik Pengajaran
Dalam teknik pengajaran, saya mengamalkan kaedah belajar secara didik hibur untuk memastikan pembelajaran tidak menjadi monoton. Salah satu teknik pengajaran yang berkesan adalah dengan menggunakan pendekatan visual yang terdapat pada penggunaan teknologi terkini. Aspek utama untuk memahami subjek ini adalah dengan membuat latihan amali secara berterusan. Justeru itu, dorongan dan diskusi secara kolaboratif perlu dilaksanakan bila-bila masa kepada pelajar. Pendekatan ini penting supaya emosi dan mental mereka terjaga. Namun begitu, saya juga sentiasa membuka diri untuk menerima maklum balas dan penyesuaian dalam teknik pengajaran demi kesesuaian dengan keperluan dan perkembangan setiap pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3