Profile Picture

Nur Syafika *******

(Online)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Institut Pendidikan Guru (Ongoing Study)

Tanah Merah, Kelantan

Fakulti Pendidikan

WhatsApp Us If Interested

WhatsApp Kami
About Me
Hai ! Saya Cikgu Syafika. Saya merupakan seorang pelajar tahun 4 yang dilatih khusus untuk menjadi seorang guru dan kini sedang menuntut di Institut Pendidikan Guru. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kepakaran saya ialah mengajar mata pelajaran bahasa Melayu. Saya juga boleh mengajar asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Saya mempunyai pengalaman mengajar bahasa Melayu selama 3 bulan di sekolah rendah. Meskipun merupakan seorang guru pelatih tetapi saya mempunyai strategi dan keadah pengajaran yang efektif serta menyeronokkan. Misi saya adalah untuk memastikan anak didik saya dapat membaca, menulis dan membina ayat serta karangan bahasa Melayu dengan mahir. Kepada ibu bapa, saya akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan servis yang terbaik kepada anak-anak anda. Ayuh jadikan saya sebagai tutor anak-anak anda !
Teaching Method(s)
Saya menerapkan elemen TMK semasa mengajar seperti grafik dan video bagi memudahkan pemahaman murid di samping menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan. Akronim juga digunakan bagi membantu anak didik mengingati sesuatu perkara dengan mudah. Saya juga akan menyediakan nota warna-warni, latihan dan kuiz untuk memastikan anak didik saya benar-benar memahami topik yang diajarkan. Sekiranya terdapat kekeliruan, anak didik/ibu bapa boleh menghubungi saya menerusi WhatApps pada bila-bila masa sahaja.
Subject
Subject School Level
Prasekolah - 3M Tadika
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2
Mengaji - Iqra Tadika, Darjah 1
Matematik Darjah 1, Darjah 2
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2