Profile Picture

Muhammad Azim *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu

Universiti Utara Malaysia (Sintok) (Telah Bergraduasi)

Johor Bahru, Johor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Nama saya Azim. Saya mempunyai kelayakan pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Utara Malaysia. Saya juga berpengalaman mengajar lebih daripada 2 tahun dalam peringkat sekolah khususnya sekolah Menengah. Saya sentiasa komited dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan kepada pelajar. Saya mempunyai perwatakan yang kemas dan menarik ketika mengajar supaya dapat menarik minat pelajar dalam belajar. Subjek matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Fizik dan Kimia adalah kepakaran saya. Sekiranya anda berminat, boleh hubungi saya terus.
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan teknik pengajaran yang terkini dengan silibus pembelajaran terbaru mengikut standard pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saya juga sering mengaplikasikan tips dan kaedah yang mudah difahami oleh setiap pelajar supaya mereka lebih faham dalam sesuatu pembelajaran tersebut. Saya juga sentiasa komited dalam mengikuti perkembangan murid berkaitan pembelajaran yang dipelajari agar mereka tidak keciciran. Saya sering menggunakan kaedah psikologi yang telah saya pelajari di universiti untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Kepuasan dan masalah dalam pelajar dalam pembelajaran merupakan objektif saya dalam memastikan mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pembelajarannya.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 1, Tingkatan 5, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5