Profile Picture

Nur Syahirah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Sport Science

Universiti Teknologi MARA (Seremban 3) (Sedang Belajar)

Bukit Katil, Melaka

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syahirah atau boleh Panggil Cikgu Syera. Saya merupakan seorang pelajar Sarjana Muda Sains Sukan dan Rekreasi. Sejak saya sekolah menengah lagi saya mula menyertai program mentor mentee atau pun program cikgu dan anak murid. Daripada program itu, saya menjadi cikgu kepada rakan-rakan saya yang lain untuk mengajar subjek atau topik yang mereka tidak faham. Contohnya seperti subjek Multimedia, Sains, Bahasa Melayu dan Sains sukan. Subjek yang menjadi kepakaran saya ialah subjek Bahasa Melayu, Sains, Pendidikan Seni Visual, Produksi Multimedia dan Sains Sukan. Jika anda ingin anak anda skor dalam subjek-subjek tersebut, boleh hubungi saya. Saya akan berusaha untuk kejayaan anak muda generasi Malaysia, InsyaAllah.
Teknik Pengajaran
Saya sering mengunakan kaedah peta i-think untuk memastikan pelajar tidak mudah bosan. Saya juga menyediakan teknik nota berwarna warni untuk merangsang minat pelajar serta membuat pelajar lebih fokus dan tertarik untuk
Belajar. Bukan itu sahaja, saya juga akan menggunakan teknik baca, tulis dan ingat bagi subjek-subjek yang memerlukan hafalan atau teori. Selain itu, saya akan menyedikan slide yang dipenuhi animasi atau gif atau gambar serta video bagi pelajar lebih jelas tentang sesuatu topik tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu STPM - Tingkatan 6, Tingkatan 5, Darjah 6, Darjah 3
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6
Pendidikan Seni Visual Tingkatan 5, Tingkatan 3
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5, Tingkatan 3
Membaca - BM Tingkatan 5, Darjah 6