mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Fatin *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pendidikan Bahasa Melayu

Universiti Antarabangsa UNITAR (Sedang Belajar)

Simpang Empat, Kedah

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Fatin, seorang tutor dan juga merupakan guru di sekolah rendah swasta. Selain itu, saya juga pelajar aliran pendidikan bahasa Melayu. Subjek bahasa Melayu adalah kekuatan utama saya, sementara Matematik adalah bidang yang saya kuasai dengan baik. Saya terampil dalam menyusun modul pembelajaran yang efektif dan telah membantu banyak pelajar mencapai kejayaan akademik. Saya dapat menyesuaikan diri dengan murid dan dapat mencungkil minat mereka dapat mengusai subjek bahasa Melayu. Jika anda ingin anak anda mencapai kejayaan akademik dan meningkatkan keyakinan diri mereka, jangan ragu untuk menghubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Saya memberi peluang kepada murid untuk aktif berinteraksi dalam proses pembelajaran. Ini termasuk aktiviti seperti perbincangan dan permainan bahasa yang boleh menarik minat murid. Selain itu, saya juga mengaitkan pengajaran dengan situasi atau konteks kehidupan harian murid untuk memudahkan pemahaman dan aplikasi bahasa dalam kehidupan sebenar. Seterusnya, menggunakan elemen permainan, lagu, dan aktiviti kreatif untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menyeronokkan dan efektif serta selaras dengan pembelajaran zaman sekarang. Saya juga, menyusun bahan pengajaran dengan teliti, termasuk perancangan bahan bantu mengajar, aktiviti pembelajaran, dan penilaian untuk memastikan pembelajaran yang sistematik dan efisien.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6