Profile Picture

Ahmad Fakhri *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bsc In Statistics

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Sedang Belajar)

Dungun, Terengganu

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang tutor yang mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk membantu pelajar dengan memberikan penjelasan yang terperinci. Saya seorang yang sabar dan memahami aras kebolehan setiap pelajar yang bervariasi dan mampu untuk menyesuaikan cara pengajaran saya dengan setiap aras kebolehan. Saya juga seorang yang sangat teliti daripada setiap sudut dan boleh memberikan penjelasan sekecil-kecil perkara untuk membolehkan seseorang pelajar memahami konsep-konsep yang terlibat. Saya juga mahir dalam membuat pendekatan diri kepada seseorang agar dapat menghasilkan interaksi dua hala yang berkesan
Teknik Pengajaran
Saya menggunakan kaedah analogi dalam menerangkan sesuatu konsep dalam Matematik bagi membolehkan seseorang pelajar menghubungkaitkan teori dengan sesuatu perkara yang biasa dalam rutin kehidupan hariannya. Saya juga menyediakan jalan kerja yang terperinci berserta dengan penerangan di setiap langkah kerja bagi memudahkan pelajar. Saya akan menggunakan warna yang pelbagai untuk membezakan jalan kerja dan mesej yang cuba hendak disampaikan. Saya akan memulakan pengajaran dengan membuat sedikit ulang kaji secara ringkas tetapi terperinci dalam setiap bab. Saya juga menyediakan ringkasan nota bagi setiap bab yang dipelajari supaya mudah untuk pelajar membuat rujukan ketika membuat ulangkaji.
Subjek
Subjek Tahap
Matematik Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Kimia - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 3
Kimia - Bahasa Melayu Tingkatan 4, Tingkatan 5
Matematik Tambahan DLP Tingkatan 4, Tingkatan 5