Profile Picture

Siti Khalijah *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Kemanusiaan (Sej, Bm, Peng. Perniagaan, Peng. Am)

Sekolah Menengah (Sedang Belajar)

Temerloh, Pahang

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya adalah seorang tutor yang penuh dedikasi dan bersemangat untuk membantu pelajar-pelajar saya memahami dan mencapai kejayaan terutamanya dalam subjek Sejarah. Sejarah bukan hanya bidang pendidikan saya, tetapi juga minat dan kegemaran saya yang mendalam. Saya seorang yang mesra dan ramah namun tetap tegas dalam mendidik dengan memastikan setiap objektif pembelajaran sejarah yang disampaikan tercapai. Dengan menggunakan teknik pengajaran yang mudah dan menyeronokkan akan membantu pelajar mudah untuk memahami sejarah. Teknik-teknik seperti akronim, quiz dan sebagainya akan membantu menguatkan ingatan pelajar dan meningkatkan prestasi akademik mereka. Kemahiran saya dalam membangkitkan minat pelajar-pelajar membuatkan mereka menikmati setiap sesi pembelajaran bersama saya. Berikanlah saya peluang untuk menjadi tutor anak anda hari ini! Keutamaan saya ialah kualiti berbanding kuantiti.
Teknik Pengajaran
Semestinya teknik pengajaran saya akan dipenuhi dengan aktiviti interaktif yang menarik dan menghiburkan kepada pelajar. Saya akan menggunakan juga media visual seperti dokumentari dan grafik atau paparan visual yang berkaitan agar pelajar tidak bosan. Sesi pembelajaran juga akan diselitkan dengan perbincangan dengan pelajar umpama seorang rakan dalam memahami lagi subjek yang dipelajari. Penggunaan bahan-bahan dan platform-platform atas talian seperti quizziz juga menarik dalam menguatkan lagi ingatan pelajar. Teknik 'peta pokok' amat membantu pelajar memahami subjek yang dipelajari dengan lebih mudah selain akronim dan mengingat kata kunci.
Subjek
Subjek Tahap
Prasekolah - 3M Tadika
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, STPM - Tingkatan 6
Perniagaan STPM - Tingkatan 6
Pengajian Am STPM - Tingkatan 6