Profile Picture

Nur Alya *******

(Dalam Talian)

Diploma / Stpm - Pengurusan Maklumat

Universiti Teknologi MARA (Machang) (Sedang Belajar)

Bachok, Kelantan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan seorang yang suka membantu insan lain. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk menjadi tutor untuk membantu anak anak murid saya mencapai target dan impian mereka. Saya ingin mereka mendapat kecemerlangan dari hasil usaha mereka sendiri. Saya berharap saya dapat memberikan sepenuh komitmen dan tanggungjawab walaupun hanya di atas talian. Saya seorang yang ramah, namun sedikit tegas untuk melahirkan generasi yang hebat dan berkualiti. Menjadi seorang pendidik tidaklah mudah, namun saya berharap saya dapat buat yang terbaik walaupun di usia yang muda ini kerana pengalaman amat penting buat masa sekarang.
Teknik Pengajaran
Saya suka mengajar secara santai tetapi berkesan untuk mengelakkan mereka terlalu tertekan. Saya juga biasanya akan memberi contoh dan latihan supaya anak anak murid mudah memahami dan mengingati apa yang mereka pelajari. Saya akan membantu mereka mencapai kecemerlangan dan menaikkan result mereka dengan sehabis baik.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 3
Matematik Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1