Profile Picture

Nurhasyimah Binti *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Bahasa Melayu / Psv

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Cheras, WP Kuala Lumpur

Institut Perguruan

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syima. Saya merupakan bakal graduan institut pendidikan guru yang menerima kursus pendidikan secara menyeluruh dan bertauliah. Saya mempunyai pengalaman sebagai pendidik di sekolah rendah dan boleh mengajar pelbagai subjek. Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek teras dan kemahiran utama dalam dunia pendidikan manakala pendidikan seni visual menjadi subjek tambahan saya. Saya mahir mengendalikan murid dari segi emosi dan psikologi mereka. Semestinya, mereka dapat menuntut ilmu bersama saya dengan lebih seronok namun tetap berkesan ! Mahu anak anda belajar dengan kaedah yang menarik dan cemerlang? Saya berlapang dada menerima panggilan anda . Hubungi saya melalui Whatsapp dengan lebih mudah.
Teknik Pengajaran
Menerima pendidikan dalam profesion keguruan selama hampir lima tahun mendedahkan saya dengan pelbagai teknik, strategi dan kemahiran yang bersuaian untuk diterapkan dalam pengajaran. Saya mampu mengaplikasi teknik pengajaran bergantung kepada respons murid. Didik hibur menjadi teknik utama memandangkan murid-murid sekarang berminay untuk belajar sambil berhibur, sekaligus menghilangkan rasa bosan. Dalam pengajaran bahasa, saya amat mementingkan tiga kemahiran utama dan teknik yang sering digunakan ialah komunikatif untuk meningkatkan keyakinan murid di samping mempelajari bahasa dengan lebih mudah. Pelbagai bahan pengajaran menarik akan disediakan sebelum sesi PdP bermula kepada murid.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 5, Darjah 6, Darjah 3, Darjah 4
Seni & Kraf Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Tadika
Mengaji - Iqra Darjah 2
Pendidikan Seni Visual Darjah 3