mytutor_mobile
Profile Picture

Nurfarhah Farhanim *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Undang-undang & Undang-undang Shariah

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) (Telah Bergraduasi)

Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu farhah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan berpengalaman selama 5 tahun dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah . saya merupakan bekas tutor yang berdaftar di bawah kementerian pembangunan wanita dan masyarakat sebelum ini yang mengajar pelbagai subjek kepada pelajar sekolah rendah dan pra sekolah. Subjek bahasa Melayu merupakan subjek major saya dalam dunia pendidikan, manakala subjek pendidikan islam, pendidikan syariah islamiah, pendidikan al quran dan al sunnah, dan sejarah merupakan subjek minor saya . Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga pakar dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Nak anak skor serta cemerlang dalam bidang akademik? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Berpengalaman selama 5 tahun dalam industri pendidikan, penguasaan anak-anak dalam subjek-subjek yang kritikal dan mencapai kecemerlangan dalam pendidikan merupakan misi dan visi saya sebagai pendidik. Saya juga menerapkan penggunaan peta minda dan akronim dalam pengajaran terutama subjek yang memerlukan daya pemahaman dan daya ingatan yang tingi. Saya juga menerapkan kaedah-kaedah skill yang betul untuk memahami soalan-soalan yang beraras tinggi dan jawapan yang tepat dan padat untuk menjawab soalan peperiksaan disamping menerapkan pemahaman yang tinggi kepada para pelajar bukan sahaja sekadar menjawab soalan peperiksaan dengan mudah. Bagi saya, IQ seorang pelajar terhadap kefahaman pada suatu subjek itu lebih penting berbanding menghafal tanpa memahami subjek-subjek tersebut.
Subjek
Subjek Tahap
Membaca - BM Darjah 6
Bahasa Melayu Tingkatan 1
P. Islam Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1
Syariah Islamiah Tingkatan 1