Profile Picture

Nur Ain *******

(Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah

Universiti Malaya (Pantai Dalam) (Sedang Belajar)

Ranau, Sabah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan mahasiswa yang melanjutkan pelajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sastera Sejarah di Universiti Malaya. Subjek Sejarah dan bahasa Melayu merupakan subjek utama yang akan saya ajar. Walaupun saya tidak menceburi bidang bahasa Melayu di peringkat ijazah sarjana muda, namun dengan pencapaian A+ dalan subjek bahasa Melayu di peringkat SPM dan A dengan nilai gred 4.00 di peringkat STPM, saya yakin mampu membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar dengan baik. Saya amat meminati bidang sejarah dan menginginkan pelajar memahami subjek Sejarah dengan lebih mudah, mendalam dan bukannya hanya sekadar menghafal fakta semata-mata. Saya akan komited dalam memastikan anak didik saya memahami subjek yang diajar, seronok dan memiliki keinginan yang lebih mendalam mengenai topik yang dibincangkan dalam sesi pengajaran. Saya akan memastikan anak murid selesa dengan saya sebagai tutor mereka agar pembelajaran berjalan dengan lancar dan pelajar tidak malu atau sengan untuk bertanya sebarang soalan untuk meningkatkan tahap kefahaman mereka.
Teknik Pengajaran
Teknik pengajaran amat penting untuk memastikan pelajar tidak bosan dan berasa tertarik serta sentiasa bersemangat sepanjang tempoh pembelajaran. Oleh itu, saya akan menggunakan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada kemampuan dan keupayaan pelajar. Saya akan menyediakan bahan belajar seperti nota dan contoh-contoh soalan yang efektif, mudah difahami dan relevan serta bersesuai dengan silibus yang dipelajari di sekolah. Bagi menilai tahap kefahaman pelajar mengenai sesuatu topik, saya akan menyediakan kuiz dan ujian untuk meningkatkan lagi pencapaian mereka. Selain itu, saya akan menggunakan teknik pengajaran melalui permainan untuk menarik minat pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Tingkatan 3, STPM - Tingkatan 6, Darjah 6
P. Islam Tingkatan 1, Tingkatan 3, Darjah 6
Sejarah Tingkatan 1, Tingkatan 3, STPM - Tingkatan 6, Darjah 6