About Me
Saya Syazwani merupakan seorang tutor yang bersemangat tinggi dalam membantu anak didik saya bukan sahaja memahami dan menguasai sesuatu subjek, malah mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek tersebut. Saya seorang yang lembut namun tegas. Saya juga akan membatu anak didik saya belajar secara bijak dan efektif agar sesuatu perkara dapat diingati dalam jangka masa yang panjang. Saya juga pandai menyesuaikan teknik mengahar mengijut keadaan dan keupayaan seseorang pelajar. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Teknik pembelajaran saya bergantung kepada tahap keupayaan seseorang pelajar. Saya menggunakan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Saya seringkali menggunakan pendekatan peta minda agar pelajar lebih memahami dan mengingati isi-isi penting dalam setiap topik yang dipelajari. Teknik ini juga amat sesuai untuk semua peringkat umur pelajar kerena pendekatan ini lebih efektif dan berkesan untuk pelajar skor sesuatu mata pelajaran. Saya juga menyediakan nota yang ringkas, padat dan menarik untuk setiap anak didik saya.