Profile Picture

Amaar Hisyam *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Matematik & Pendidikan Seni Visual

Institut Pendidikan Guru (Sedang Belajar)

Muar, Johor

Institut Perguruan

Tutor Training

Training Membaca

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Latar Belakang • Sir Hisyam, Tutor yang berpengalaman dalam membimbing pelajar secara individu (one to one) dan dalam kumpulan kecil sama. • Memiliki pemahaman mendalam tentang standard kurikulum, pentaksiran dan strategi pengajaran yang efektif. • Berkomitmen untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang menyokong, memotivasi, dan menginspirasi pelajar untuk pencapaian akademik yang tinggi. • Fleksibel, teliti, dan bersedia mengatur jadual pembelajaran mengikut permintaan dan kelapangan pelajar dan ibu bapa. Pendidikan • Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu. • Jurusan Mata pelajaran Matematik & Pendidikan Seni Visual. • Penerima Anugerah Pengarah setiap semester. • Memperoleh CGPA 3.90 (semester terkini) Pencapaian • Memenangi Pingat Platinum dalam pertandingan Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (SERAI 2021). • Memenangi Pingat Emas dalam pertandingan International Competition of Research, Idea and Innovation on Teaching and Learning (IC-RiiTEL 2022). • Memenangi Pingat Emas dalam pertandingan Inovasi Pinang 2022 Stem Digital Peringkat Kebangsaan (PINANG 2022). • Memenangi Pingat Perak dalam pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Karnival Inovasi@UMT (Knovasi 2023). • Memenangi Pingat Perak dalam pertandingan International Digital Innovation and Invention Challenge 2021 (IDIIC 2021).
Teknik Pengajaran
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
• Menyelaraskan pengajaran dengan kepentingan, keperluan, dan tahap pembelajaran setiap pelajar mengikut tahap kognitif murid.
• Tutor menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai dengan keperluan dan gaya pembelajaran unik setiap pelajar, memastikan setiap individu mendapat pengalaman pembelajaran yang terbaik.
• Pembelajaran berpusatkan murid membolehkan setiap pelajar merasa dihargai dan diiktiraf dalam proses pembelajaran, serta memperkukuhkan motivasi dan minat mereka untuk belajar.
Didik Hibur
• Tutor merupakan seorang guru sekolah yang berpengalaman dalam mengaplikasikan teknik didik hibur bagi melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran dengan memastikan keseronokan dan kefahaman yang mendalam di kalangan pelajar.
• Memperkukuhkan kesediaan pelajar untuk terlibat dalam proses pembelajaran dengan lebih aktif dan bermakna.
• Membantu mengurangkan tekanan dan kebosanan dalam kelas. Pelajar lebih cenderung untuk terlibat dalam pembelajaran apabila mereka merasa gembira dan teruja.
• Tutor dapat menjadi lebih akrab dengan pelajar dan memahami minat serta keperluan mereka dengan lebih baik dalam pembelajaran.

Teknologi dalam Pendidikan
• Mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan dengan menggunakan platform seperti Google Classroom untuk menyampaikan bahan pembelajaran, tugasan, dan aktiviti kepada pelajar.
• Pelbagai sumber maklumat digital dan teknologi digunakan seperti laman web pendidikan, e-buku, video pembelajaran, education games interactive, peranti pintar dalam pendidikan dan penilaian digital menggunakan perisian khas untuk menilai pencapaian pelajar yang digunakan untuk menyokong pembelajaran di dalam kelas.

Pemantapan Kemahiran Berfokus Peperiksaan
• Tutor memastikan bahawa isi kandungan yang diajar selari dengan struktur peperiksaan. Pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang di sediakan oleh Kementerian Pendidikan.
• Tutor menyampaikan bahan pembelajaran yang relevan dengan menekankan topik yang dititikberatkan dalam kurikulum dan mempersiapkan pelajar dengan format peperiksaan..
• Mengimplemetasikan aktiviti dan gaya Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21) dalam pengajaran untuk memupuk kemahiran kreatif dan berfikir kritis bagi pelajar menguasai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
• Ini termasuk menyediakan bahan pembelajaran yang sesuai, latihan-latihan soalan yang relevan, dan penekanan pada kemahiran dan pengetahuan yang diuji dalam pentaksiran.
Subjek
Subjek Tahap
Seni & Kraf Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6
Matematik Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Membaca - BI Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3
Membaca - BM Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Bahasa Melayu Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Bahasa Inggeris Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Sains Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4
Pendidikan Seni Visual Darjah 1, Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Prasekolah - 3M Darjah 2, Darjah 3, Darjah 4
Sejarah Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
Reka Bentuk dan Teknologi Darjah 5, Darjah 6
3M Darjah 5, Tingkatan 1
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2, Tingkatan 1, Tingkatan 3