Profile Picture

Mohammad Faiz *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Biology

Universiti Teknologi MARA (Jengka) (Telah Bergraduasi)

Skudai, Johor

Tutor Training

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya merupakan tutor yang bersemangat tinggi untuk membantu anak didik saya mencapai potensi pembelajaran mereka sekaligus membuka pintu peluang serta pilihan untuk mereka menceburi lebih mendalam minat yang merupakan kecenderungan mereka. Tidak semata-mata fokus pada pembelajaran, saya juga cuba menerapkan pelajaran "off the book" bagi membuka minda mereka terhadap ilmu pengetahuan. Bersemangat untuk menerapkan minat anak didik saya dalam bidang Sains terutama sekali Biologi bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dalam bidang tersebut.
Teknik Pengajaran
Pertama sekali saya akan menyemak and memerhatikan tahap kefahaman anak didik saya dalam subjek yang diajar. Kemudian, saya akan merangka pelan pengajaran yang bersesuaian dengan keupayan anak didik saya dan menguji tahap kefahaman mereka di setiap peringkat. Saya gemar menerapkan teknik analogi berpandukan situasi dunia sebenar serta berkait dengan minat anak didik saya bagi memastikan mereka lebih mudah memahami pengajaran yang diberi.
Subjek
Subjek Tahap
Biologi - Bahasa Melayu Tingkatan 5, Tingkatan 4
Biologi - DLP Bahasa Inggeris Tingkatan 5, Tingkatan 4
Sains Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3