mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Ain *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Pagoh) (Sedang Belajar)

Kulim, Kedah

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya cikgu Afza. Saya merupakan tutor yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman mengajar selama 4 tahun. Saya pernah menjadi guru tuisyen di Pusat Tuisyen Alam Minda, Lunas Kulim. Saya mengajar membaca bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid seawal umur 5 tahun sehingga 12 tahun. Selain itu, saya juga menjadi tutor bahasa Melayu kepada murid sekolah menengah secara personal selama 2 tahun. Kelas tersebut dijalankan secara atas talian. Saya juga pernah menjalani praktikal di salah sebuah sekolah menengah (SMK Kulim) dan mengajar subjek bahasa Melayu Tingkatan 2. Subjek bahasa Melayu merupakan salah satu major saya dalam dunia pendidikan. Subjek bahasa Inggeris dan Matematik ialah subjek minor saya. Saya juga pakar dalan membantu meningkatkan motivasi dan keyakinan dalam diri murid-murid. Nak anak cemerlang? Hubungi saya.
Teknik Pengajaran
Melalui pengalaman dalam dunia pendidikan selama 4 tahun, saya yakin dan pasti bahawa setiap pelajar mempunyai teknik yang berbeza mengikut keupayaan tersendiri. Saya menggunakan pelbagai aplikasi untuk memastikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan mengaplikasikan beberapa tips penting untuk memudahkan para pelajar.
Subjek
Subjek Tahap
Mengaji - Iqra Darjah 2, Tadika, Darjah 1
Matematik Darjah 2, Darjah 1, Darjah 6, Darjah 5
Membaca - BM Darjah 2, Tadika, Darjah 1
Bahasa Melayu Darjah 2, Darjah 1, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Darjah 6, Darjah 5