Profile Picture

Nurul Rasyidah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - Pengurusan Sistem Pejabat

Universiti Teknologi MARA (Machang) (Telah Bergraduasi)

Klang, Selangor

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Syida. Saya merupakan seorang guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih kurang 3 tahun dan ke atas dalam mendidik pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah bagi sekolah kebangsaan dan juga sekolah persendirian cina. Saya juga mempunyai pengalaman dalam mengajar subjek bahasa Melayu bagi sekolah rendah dan menengah manakala sejarah dan pendidikan Moral bagi sekolah rendah. Berkemahiran dalam penyusunan modul menjadikan saya seorang pendidik yang dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang. Saya juga berpengalaman dalam meningkatkan motivasi dan disiplin dalam kalangan pelajar. Saya kini sedang mengajar pelajar yang berbangsa cina dan mampu mendidik pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam bahasa Melayu. Nak anak skor cemerlang serta tingkatkan keyakinan anak anda? Hubungi saya hari ini.
Teknik Pengajaran
Semenjak melibatkan diri dalam bidang pendidikan, saya telah cuba menerapkan beberapa teknik pengajaran yang menarik bagi mengikut kesesuaian pelajar. Saya menerapkan teknik-teknik yang menarik bergantung kepada keupayaan para pelajar. Saya juga mengaplikasikan teknik didik hibur dalam mencapai objektif pembelajaran. Pendekatan peta minda merupakan kepakaran saya bergantung kepada keperluan subjek. Pelbagai pendekatan saya gunakan untuk memastikan para pelajar berupaya memahami ilmu yang diajar. Kepuasan anak-anak dalam mencapai kecemerlangan merupakan visi saya sebagai pendidik. Saya juga menerapkan unsur lawak dan selingan semasa di dalam kelas bagi memastikan pelajar tidak bosan sepanjang kelas dijalankan.
Penilaian & Maklumbalas

Sahana binti Jantan : Prasekolah - 3M

Bagus .

Sahana binti Jantan : Prasekolah - 3M

Bagus .

Sahana binti Jantan : Prasekolah - 3M

Bagus .

Sahana binti Jantan : Prasekolah - 3M

Bagus .

Sahana binti Jantan : Prasekolah - 3M

Bagus .

Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Melayu Darjah 6, Tingkatan 1