Saya merupakan graduasi daripada Diploma in Physiotherapy. Saya mampu menjadi seorang tutor yang bertoleransi dan berdedikasi untuk memastikan pelajar mudah faham. Saya seorang yang ramah namun tegas. Saya juga pandai mengambil hati pelajar agar mereka menyukai sesi pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Jadikan saya tutor anda hari ini!
Teaching Method(s)
Saya akan mengaplikasikan teknik disiplin ilmu yang berteraskan Latihan kemudian Pengajaran. Dari situ, saya sebagai tutor dapat melihat kelemahan dan kekuatan yang ada pada pelajar dan menambah baik ilmu serta pembelajaran yang telah didapati oleh pelajar ketika tempoh pembelajaran di Sekolah harian. Disamping itu, kekuatan teknik pengajaran yang akan diberikan dalam tempoh pembelajaran adalah bersifat inklusif dengan menunjukkan contoh, fakta dan terapan yang sesuai kepada pelajar terutamanya untuk subjek pembelajaran teras.