About Me
Saya Aisyah, bukanlah dari latar belakang pendidikan tapi saya mempunyai 4 bulan pengalaman mengajar di sebuah tadika swasta di kulai dan setahun pengalaman mengajar kelas tambahan bagi pelajar prasekolah dan pelajar tahun 1-3. Saya mengajar murid mengenal huruf, nombor dan membaca. Selain itu, saya juga boleh mengajar subjek matematik.
Teaching Method(s)
Teknik mengajar saya adalah berdasarkan tahap pemahaman setiap orang murid, kerana setiap murid mempunyai tahap pemahaman yang berbeza. Selain itu, saya juga menggunakan teknik bernyanyi dalam mengenal huruf, nombor dan juga dalam mengajar matematik