mytutor_mobile
Profile Picture

Nur Umairah *******

(Bersemuka & Dalam Talian)

Sarjana Muda - English

Universiti Kebangsaan Malaysia (Telah Bergraduasi)

Shah Alam, Selangor

Fakulti Pendidikan

Jika berminat dengan tutor ini WhatsApp kami

WhatsApp Kami
Tentang Saya
Saya Cikgu Umairah. Saya merupakan seorang tutor yang berdedikasi dan mempunyai pengalaman dalam mendidik pelajar dari pelbagai latarbelakang seperti sekolah rendah, sekolah menengah, pelajar antarabangsa yang datang ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian sama ada peringkat Sarjana Muda, Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Phd) di Universiti tempatan. Dari dulu sehingga kini, subjek Bahasa Inggeris sentiasa menjadi minat utama saya dalam dunia pendidikan dan ia juga merupakan subjek major saya. Oleh kerana saya mempunyai pengalaman mengajar pelajar dari pelbagai latarbelakang, dan juga berbeza institusi, ianya mudah untuk saya menyesuaikan teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak dan keperluan pelajar. Hubungi saya hari ini. I promise you won't regret it! :-) Transforming Minds, One English Lesson at a Time!
Teknik Pengajaran
Saya amat menitikberatkan tentang keselesaan pelajar dalam setiap sesi pembelajaran. Teknik pengajaran saya berkisar kepada mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan menarik untuk pelajar. Saya percaya betapa pentingnya untuk menyesuaikan pelajaran saya bagi memenuhi keperluan unik dan gaya pembelajaran setiap pelajar. Ini juga bermakna menggabungkan pelbagai aktiviti interaktif seperti perbincangan, perbahasan dan pembentangan untuk memastikan mereka terlibat secara aktif.

Selain itu, saya juga kerap menilai prestasi pelajar dan memberikan maklum balas yang membina untuk membantu mereka bertambah baik. Saya percaya dalam memupuk komunikasi secara terbuka dan kerjasama untuk membina keyakinan dan motivasi. Saya kekal fleksibel dan boleh menyesuaikan diri, menyesuaikan kaedah pengajaran saya berdasarkan maklum balas pelajar dan keperluan pendidikan yang berkembang. Hasrat saya adalah untuk meninggalkan impak positif kepada setiap pelajar yang saya mengajar.
Subjek
Subjek Tahap
Bahasa Inggeris Cambridge - Tahun 8, Cambridge - Tahun 5, Darjah 5, Darjah 6, Cambridge - Tahun 4, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Cambridge - Tahun 9, Cambridge - Tahun 1, Darjah 2